Ahad, 11 April 2010

Aku Dan Air Mata

Aku terjaga dari tidur dengan pipi aku basah dengan air mata. Syukur its just a dream.. Im not ready to face that fear.. Kuatkn semangat Tobby.. Do it for the sake of urself..

Jumaat, 9 April 2010

Aku Dan Smoke Fast

I nak smoke kejap ek.
"Go go.. Go and burn ur lungs faster".
Gulp! Sentap! haha

Aku Dan 5 Sector

(Bersama set crew aku ke Kuantan baru baru ni)

5 sector...


Antara sector yang digeruni oleh crew crew. Dah la penat.. Daripada rambut stewardess tinggi setinggi bukit the last sector dah tumbang rambutnya macam kucing baru lepas gaduh. haha


Flight kali ni aku mutual dengan senior crew aku yang merayu untuk berikan flight Dubai aku padanya. Aku tidak kisah, janji dia topup skit *pitih untuk cover allowance aku bulan nie. Aku terpaksa terima 5 sector dari flight dia. Its been a while aku tak buat 5 sector yang hampeh nie. Aku pun layan je la. Whats happen happen lah.


Thank god aku dapat set crew yang aku kenal. Omei namanya. Ceh! Macam tajuk drama Na O Mei plak. haha Aku interview sekali dengan dia dulu.


Peperangan dah nak start, kata aku pada set crew aku. Departure aku sepatutnya kol 9am tiba tiba kapal rosak. Ada kebocoran pada sistem hydrolic enjin. Hello.... Delay sampai kol 12 noon ye. Passenger aku dah bengang sampai set crew aku jadi mangsa. Satu passenger ni tuding jari pada leading aku.


"Why this aircraft tak gerak gerak lagi ha! Lagi brape lama lagi aku nak tunggu!", jerit passenger ni depan semua orang.


Inilah kata kata passenger yang BODOH dan tidak fikir panjang. As a passenger, u guys should know kenapa kapal delay and kenapa kapal rosak. Kapal ni macam semua jenis kenderaan. Malah kapal terbang antara transport yang paling sensitif serta paling banyak kerosakan. Jadi usahlah nak maki maki crew ye. 1st of all, bukan salah crew ye coz kami tak bawak kapal tuh!!!!!

Ke 2, u guys tak pentingkan safety uols ke. Nak mampus awal? tak sayang nyawa ke?! Nak ambik risiko. Not me. Aku hargai nyawa aku.


No matter how much we explain, passenger tetap tak paham. Yang diowk tahu dapat makan atas kapal dan sampai ke destinasi. Diowk tak tahu safety bagai. Kekadang tuh, bila crew wat safety demo diowk bukanye pay attention or cew/pilot wat announcement. Pls be alert. If anything happen we the one yang akan lead u guys to safety.


Kami kene tukar kapal. Dalam context flying hours sebenarnye kami dah exceed flying hours so kami call office untuk gitau yang kami tak leh wat flight for several sector. Office dah cancel 2 sector kami. Sebarang telex akan diberi tahu sehingga kami reach KK. Dah sampai KK, kami diberi tahu yang kami perlu tambah semula 2 sector. WHAT THE HELLL!!!! and the next flight akan berlepas dalam masa 4 jam! WHAT!!! Transit 4 jam!? Gila ke ape. Jangan lah nak kacau Harimau yang lapar nie!!!


Leading aku dah mengamuk dah. Dah la delay.. Dia dah la bangun awal set rambut (keh keh) tambah lagi sector. Esk pulak flight awal pagi. Kami wajib dapat minimum rest hours do hotel at least 12 jam!


We have no choice coz tak crew nak handle flight nie. Well.. Kami hanya akur je. Banyak lagi faktor yang kami leh pertahankan tapi kami just akur je. Just imagine kami bertugas selama 15 jam dan 45minit. Tak termasuk waktu kami bangun bersiap at least 4-5 hours sebelum keje.


Waktu transit. Badan dan mental kami cukup lemah. Wow! Aku agak terkejut dengan kuasa pressurized di atas awan. Impaknya betul betul kuat sehingga mental kami jadi lemah sampai kami tak boleh berfikir. Dengan badan yang letih aku tetap jadi orang tengah untuk cool kan set crew aku yang buntu.


Masing masing berpecah untuk mencari ketenangan. Aku pula ke surau untuk menunaikan solat. Ini antara satu keajaiban solat. Alhamdulillah, hati aku cukup tenang.. Fikiran aku tidak terlalu kusut berbanding set crew aku yang lain. Aku mampu lagi tersenyum..


Its not easy to be a cabin crew ye.. Kita sedang berlawan dengan daya graviti yang cukup kuat. Bukan sekadar perkerjaan glamor.

Selasa, 6 April 2010

Aku Dan Tandas Kapal

Apabila fikiran bercelaru memikirkan suatu yg dekat pada jiwa aku, hanya perlukan tempat untuk mengadu. Jika tiada perluang, aku hanya perlukan tempat yg sempit dan kerdil untuk aku pejamkan mata dan tarik nafas sedalamnya.

Yea, aku sudah jumpa tempat itu.. Padat.. Sempit.. Tertutup dan sunyi. Aku perangkap diri aku di...

Tandas kapal terbang.. Yea.. Maybe its funny for those whose might think this is not serious. Everyone has their way..

Well, aku ada pelajari sesuatu tentang diri aku yang aku tak pernah tahu yang aku miliki perasaan itu. Perasaan itulah membuat aku membuka mata aku semula.

'cabin crew! Pax boarding!', p.a dr leading.

Jom touchup..kembali brtugas.

Selasa, 30 Mac 2010

Aku Dan Lying

" The most unattractive personality is lying to something that the fact is there".

Quite..

Sabtu, 27 Mac 2010

Aku Dan Pendaratan Cemas

Baru baru ni Malaysia Airlines mengemparkan masyarakat dengan kapal Boeing 737 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. (Full Story) Kapal MH674 dari Singapura ke Penang antara routes yang paling rushing ala pegi Phuket. Aku penah buat pattern nie last month. Well, seharian ye. Flight dari pagi hingga ke lewat petang cukup memenatkan.
I cant imagine di saat situasi yang cemas tu. Pasti semua yang terlibat panik tapi pada aku, semuanya atas ketentuan Illahi. When we on flight nyawa kita sedang bertarung ye. Anything can happen masa di atas.
Alhamdulillah, syukur semua penumpang dan crew penerbangan itu selamat. Pastinya lepas kejadian ni aku harap crew crew akan lebih bersedia untuk harungi cabaran di atas.
"Crew more than just a friendly smile.. She/He could make life or death difference. Cabin crew are safety professional."

Aku Dan Irwansyah

"Hello? Boleh saya bercakap dengan Encik Tobby."
"Yup.. Speaking."

"Saya buat panggilan dari CF, Tahniah anda terpilih untuk mendapat Voucher VIP Pass dari CF. Encik Tobby boleh buat collection dan mungkin kita boleh bincang promosi yang sangat istimewa untuk Encik Tobby."

(Aduh.. Aku dah penat melayan panggilan telefon macam ni.. Hampir setiap hari...)

"Hurm.. Maaf, saya agak busy skit.. Can u call me maybe 2 hours time?"

"No problem.. By the way saya Irwansyah."

(Gulp! Secara tetiba aku tergelak besar).
"Irwansyah? "

(hehehe.. ttbe mamat nie pun gelak..haha)

Rabu, 24 Mac 2010

Aku Dan Trip KK Hong Kong

KOTA KINABALU - HONGKONG


(Di Pulau Manukkan)

Berdebar aku bila aku kene bertugas ke Kota Kinabalu - Hong Kong selama 5 hari. Apa yang aku risaukan adalah memikirkan sapelah leading aku.. Sapelah setcrew aku.. Masa aku nunggu transport aku alih alih si Alfie nie kuar dari lif. Dia ni sahabat lama aku sejak aku belajar di Uitm lagi. Kami pernah mencuba nasib masa Interview SQ. Both of us tak dapat but the second interview aku terpilih. Tapi aku tolak. Adalah sejarah disebalik penolakan aku.


Aku mood risau menjadi happy bila dapat tahu Alfie satu trip ngan aku. Alhamdulillah! Dah ada geng. Pasti best! Kami dalam transport nak ambik lagi sorang crew. Stewardess nie namanya Sara. Gelabah semacam minah nie dok carik handphone dia. Aku tengok beg dia pun berat semacamje. Yeyey!!!!!! Dia sekali ngan weol!

Syukur aku dapat set crew yang baik baik. Keesokannya kami plan nak ke Manukan Island. Aku ni memang suka pantai pantai. Tak kiralah panas ke tak aku suka suasananya. Aku berjemur ye berangan tanning. hahaha



(Kiteorang tetap buat safety demo kat passenger boat itu! haha)


Di bumi Borneo cuacanya cukup panas.. Kami nak belik sunscreem alih alih terbeli after sunscreen. Aduhai.. nak tak nak kenelah pakai. hahahaha My advice.. pls pls pls.. janganlah pakai aftersun kalo rase feeling2 nak berjemur ye.. hahaha Kulit rasa macam terbakar ye.


Masa aku renang renang kat pantai tu aku perasan banyak sangat obor obor. Terlompat aku.. Then mat salleh nie approched weol. Cakap obor obor tu tak beracun. Siap dia tangkap sekor lagi. eeee macam agar agar!!!! euww


Si Sara ni baru je seminggu flying so aku n alfie banyak nyakat dia. Dia pun layan je karenah kami. Bila dapat setcrew dah best aku wat keje pun dengan hati yang girang. Untung passenger aku dapat layanan extra istimewa dari aku.

Adalah satu group makcik2 dari Hong Kong dok main kad. Kad tu kecik and nipis. Tertarik plak aku. Bukan main serius lagi diowk nih. Bising satu cabin. Siap tulis markah lagi kat kertas. Ape kebendelah diowk main nie. Aku tanyalah diowk. OOOOoooo Its Mahjung! Aku pun tgk la kad minah ni dari belakang. Wah marah ye dia kat aku. Takot aku jual kad dia kat kawan hadapan dia. wahhh! hehehe Aku gelak je la. Terasa busan aku pun offer diri nak jadi tukang tulis. wahhhh bukan main hepi ye diowk. Mase nak landing diowk bagi RM50. wahh gaji upah katanya! Caras jeee! hehe

End the of the trip aku rasa aku dapat set crew yang paling best.. Shall update more stories..

Isnin, 1 Mac 2010

Aku Dan Tembikar Juice


Lokasi : Sekitar Bangsar .

Aku : Bos! Watermelon juice satu.

Waiter: Ok.. Baik! Hurm..

It takes sometime waiter tu nak tulis order aku.. haha Al-maklumlah bangla yang ambik order. Orang baru jejak Malaysia.

Waiter: Watermelon itu apa ya? Macam mana mahu tulis?

Aku: Aduh.. Bertuah tol mamat nie.

Sahabat : You tahu tembikai?

Waiter : "Tembikar!" Oooowhhhh.. (Sambil blur blur)

Kami : Hey! Aiyooooo! Mana ada air tembikar! haha

So funny! Alih alih kami panggil dia tembikar kat dia all the way. At least he learnt new word that night.

TEMBIKARRRRRRRRR = TEMBIKAI


Jumaat, 26 Februari 2010

Happy Birthday Ayahda & Bonda

Happy Birthday to my parents yang disambut pada 22 February yang lalu. Both of them share
the same date.. Sweet kan..

Aku doakan moga Allah swt panjangkan umur mereka dan dimurahkan rezeki..

Aku Dan Penyendal pintu


Bila dah takde penyendal pintu... Heels pun bulehhhhhh.. hahaha

Rabu, 17 Februari 2010

Aku Dan Gambar Kecil


Aku belek belek akaun Friendster aku yang sudah usang.. Aiyoo.. Lama betul tak bukak. Aku terjumpa pic aku masa kecik. Penuh nasik kat badan aku. Cumel jugak ek. haha

Me and my Sis. Wahhh! Very der Patriotik! haha Aku hanya rase terkenang dengan gambar gambar ini.

Aku Dan Berita Gembira

Tarena dengan pose pengantin barunya! hehe

(Me and Tarena)


"I doa kebahagiaan u yang, always be as u done so much to me and my husband".


Kata kata sahabat baikku Tarena yang aku temu baru baru ni. Pengantin baru ni asyik komplain berat badan dia naik lah.. Muka banyak jerawat lah.. Aku tak nampak pun semua tu. Aku hanya nampak seri wajah pengantin baru je. Inai pun tak hilang hilang lagi.



(Akif)


Housemate aku merangkap bestfriend aku sejak tadika aku pun dah nak melansungkan hari pertunangan dia bulan 4 lagi membuka mata aku untuk merenung lebih jauh lagi. Ish ish ish.. Dah 25 tahun dah aku kan. Most of my friends semua dah beranak pinak. Aku bila lagi?



Adakah aku bersedia? Mungkin.. Adakah masa itu sudah tiba? Entahlah.. Aku ke Puchong baru baru nie, parents aku bercuti dari Penang. Tetiba mulakan topik serius. Well.. Akan aku umumkan berita gembira as soon as possible. hehe

Selasa, 16 Februari 2010

Aku Dan Migrain

Sejak 2 menjak ni aku slalu kena sakit kepala. Kalau teruk sangat tu terkenalah aku dengan Migrain. Cit! Muda muda dah kene migrain. Penyakit ni turun dari Mama aku yang bertarung dengan Migrain sejak muda lagi macam aku. Aku surfing apa itu migrain sebenarnye yang buat aku tidak boleh gerakkan kepala menahan kesakitan yang teramat sampai aku perlu berkurung dalam bilik yang gelap dan sunyi.
According to Malay Herbal Medicine, Migrain adalah gegaran dan selalunya terjadi sakit kepala hanya pada sebelah kepala sahaja. Ia boleh terjadi kepada semua orang tidak kira umur. Saluran darah di dalam otak akan membesar dan bersama dengan ransangan saraf berhampiran dengan saluran darah. Apabila ia terjadi bermakna perubahan pada saluran darah itu kemungkinan disebabkan kesakitan tersebut.
Yup! Benar.. Most of my friends making fun of me, katanya migrain ni penyakit pompuan masa kene haid. F**k u! Do u think its funny?! Tak kene mengena lansung ye dengan jantina!
Baru baru ini aku terkena migrain. Boleh dikatakan agak teruk jugak lah dibandingkan dengan serangan sebelum ini. Mungkin faktor aku berkerja non-stop dengan minimum rest sahaja yang dicatat dalam roster keje aku. Bila dah terkena serangan migrain aku hanya mahu cabut saja urat urat kepala. Sakitnya macam kepala disiat siat.. Leher pula macam kene tarik tarik ototnya. Entahlah.. Undescribeable..
Baru baru ni aku discovered ade bonjolan pada belakang leher kiri aku. Sakit bila ditekan. Risau jugak.. Aku pun pegilah jumpa doktor. Dia kata perjalanan darah ke kepala aku terganggu then jadilah bonjolan. Nothing to be afraid, just urut urut and makan ubat tahan sakit. Until now rasa lagi kekejangan pada leher aku dan penglihatan aku makin kabur. Aku akui yang aku ni rabun tapi perasan tak nak pakai spect or contact lense. Rimas lah.. Hurm lepas kene lecture dengan abg angkat aku nampak gayanya aku kenelah buat spect. aduh.. hehe

Aku rasa mungkin aku kene migrain nie pasal aku stress pikirkan perihal sesuatu.. Faktor kerja.. Tak cukup tidur.. Smoking (ahaks!) and Cafein! Damn!!! Aku kene stop slowly smoking and coffee in a moment.. Waaaa


Aku Dan Merajuk

Adakah aku ini kuat merajuk? Jom rungkai topik merajuk! hehe (sentap).

Kenapa merajuk?


Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.


Siapa yang kena penyakit merajuk?


Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak or even bapa pun leh merajuk dengan anak. (Ouch! hehe)


Punca merajuk


Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai 'tuan', dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.



Aku menonton drama di TV3, Sindarela .. Quote dari watak utama.. "Aku bukan
merajuk tapi PROTES!".. Pulok... haha


So.. Dah merajuk tu pepandailah pujuk ye.. I Loike! hehe

Khamis, 11 Februari 2010

Aku Dan Carut Carut




Meh sini aku nak cerita skit.. Adalah satu company tu kan. Staff staff dia disanjung ye oleh masyarakat. Dikatakan cukup gah menawan awan biru. Itu aku tak nafikan. Akan tetapi, adalah satu habit "Supervisory" yang gila menggunakan mandat yang diberikan untuk menyusahkan staff staff yang lain. Katanya "Work as a team".. "Have a pleaseant flight" katanya.. Tetapi! Dia sendiri yang bagi aura dan meracau orang lain.



Yang bestnya, berlaku pada set crew aku. Bila dah sampai tempat orang yang tidak pernah diterokai sebelum ini. Buat kelas tuition ye kat Hotel. Tak leh kuar bilik lansung. Macam abusive kan. Katanya itu company time. Bullshit! Then kene wat presentation kat depan set crew yang lain. Aku tahu lah nak ajar tapi cara dia bagi kami ia memalukan di depan set crew lain.



Dia tak tahu kami berdoa sangat supaya kehidupan dia tunggang langgang. Ni lagi kelakar. Nama dia cukup famous di belakang pintu toilet. Tak rase malu ke bila nama ko di carut carut baiknye. Orang macam tu ke nak buat kawan. Bila sebut je nama dia, semua carut. Bukan kah itu semua doa?


I think orang macam nie dia tak ada life kot. Mungkin dia tak happy ngan kehidupan dia that y dia menyusahkan hidup orang lain sebagai hiburan baginya. So STUPID!

Think bout it?!

Ahad, 7 Februari 2010

Aku Dan Colombo Dua

Sambungan dari entri sebelum ini.

(Syigim and Syed Ali enjoying their food!)

(pose ambik angin dulu!)

Selepas mamam makanan nasik dengan portion yang banyak itu kami pun headed ke one of the most famous temple in Colombo! It was awesome! Mesmerizing! Walupun berhimpit himpit dalam tut-tut tu kami rase hepi sangat ambik angin Colombo. Siap bye bye kat tut tut seblah.. Nyanyi2.. Jakun sangat!

(Saje nak test drive.. My gosh! susah ok!)

(Pintu masuk.. Kami ke temple tiada niat lain hanya sekadar melihat architecture orang orang Colombo.. Not more than that.)

Tibanya kami kat temple tu, aku tgk ada patung Buddha besar gile. Cool! Jalan punya jalan aku enconter ada gajah yang berumur more than 40yrs old! Aku saje je gedik nak tgk dekat dekat then orang tu cakap leh bergambar. Aku apa lagi. This is my first time aku pegang gajah. Terkejut plak aku gajah rupanya ada bulu ok! Bulu tebal dan kasar. Macam whiskers kucing.



(Gajah oh gajah! Ur so stinks! hehe)




( What a day!)




(i discovered this.. Owh.. Colombo.. I miss u.. hahaha)

THE END











Aku Dan Surat Pertama

Aku tergamam bila gf aku masih lagi simpan surat cinta (hahaha) aku masa aku form 1. Bila dibaca balik aku tergelak pun ada. Bukan main lagi ye aku nie dulu. Tak sangka aku ni gatal. haha Not like that la. Biasalah, dulu masa aku di sekolah rendah aku sekolah lelaki. Bila masuk sekolah menengah barulah aku code-share ngan pompuan. So aku macam ala jakun skit la.

Makanan kegemaran bagai semua ada.. Comel sangat! hahaha


What make me surprised ayat ayat aku tak boleh blah! siap ada lukis lukis.. Ada sticker kartun.. hehe It was hilarious! But still it was meaningful to me and her. Thanks to her for keeping the letter and im so grateful to have her as my soulmate.

Kami berpisah selama 8 tahun sebelum kami back in together and surat tu yang menemukan kami semula. Very der drama.

This kinda of things makes me sometimes to appreciate my life more. I know there always someone there that willing to love me for who i am.
So, for those who might said that this entry is BULLSHIT and tak MATURED do think i care? Im not writing bout u anyway. haha
So leave ur comment and respond. Aku nak dengar what is ur cinta monyet is all about. I knw im not. haha

Sabtu, 6 Februari 2010

Aku Dan Taruk Taruk

Aku ingat bila dah besar tua belia dah takde lagi konsep "Taruk Taruk"mase keje.. Apa tu taruk? Means that menggunakan konsep "Seniority" untuk ajar budak budak junior dengan cara yang mungkin aku katakan "Abusive".


Aku ingat lagi mase mula mula aku keje. Satu set crew aku taruk aku sampai aku jadi blank. Mane taknye.. Aku kan fresh crew, what do u expect. Kuar dari training school dah pandai keje dah ke? The first 3 month it was a disaster. But now, bila aku fikir fikir balik semua nie BULLSHIT!


Diorang tak sedar ke, cubalah ajar dengan cara yang lebih friendly so that budak budak baru nie leh pick up lebih baik. Bila semua orang tgk crew.. Semua cakap wahhhh! Crew ada kualiti yang baik baik ye.. Yea right! BULLSHIT all again!!!


Sekarang nie aku dah malas untuk layan semua tu, aku just keje untuk diri aku. Kalo aku encounters orang orang macam nie aku akan built my guards up!


Kes terbaru, perjalanan aku dari Korea ke Malaysia. Mak datuk Crew Korea sekor nie muka ketat gila dari mula. Aku boooo layan je la muka ketat nie. Ada aku kisah. Ada je point nak carik kesalahan aku. Nasib baiklah leading aku nie aku rapat. So si muka ketat nie pun tak leh lah nak kipas leading aku. Haha


Sekali tu aku nak clear cart aku, then si ketat nie mintak aku wat bende. Hamboi2.. Kalo ko tgk aku dok kehulur kehilir store barang barang nak suruh aku pore tomato juice. Kepala hotak ko! Aku tunjuk je lah chilling bin tu. Aku nampak dia tunjuk penumbuk kat belakang aku, bila aku toleh aku nampak dia pose baiknye nak tumbuk aku. Hahaha


"Ru want to punch me is it? Try me, u punch me i puch right back to ur forehead!"


Sentap ye si ketat nie. Lepas lepas tu aku dah tak borak ngan dia. Dia pun macam ala ala takot ngan aku sal aku buat muka benci kat dia.


So, nasihat aku pada fresh crews.. Jangan bagi orang lain pijak pijak kepala uol. Respect each other. Nak bagi tunjuk ajar just ajar dengan cara yang baik. No use kalo nak taruk taruk. First name pengajar nie dah buruk. Haruslah aku menjalang nama ko kat orang lain kan. Kan dah busuk. Haha



Ahad, 24 Januari 2010

Aku Dan Mana Letaknye Kejujuran



"Pokok tidak akan goyang kalau angin tak bertiup".



Yup! Itulah ungkapan logik yang aku pegang. Everything have its starts. No matter what it is, there will be a starter. But most of the ending we who decide wether it is need to end up with good or negativity.

Apa yang dikatakan oleh Muna crew aku dari Bangkok baru baru ini.. "Setiap hubungan berlanjutan sekiranya kejujuran dan keikhlasan menjadi dinding dalam hubungan. Kalau dah ada sedikit perkara yang tak baik atau tak jujur pasti akan timbul masalah dalam hubungan. Yang penting kita cintainya kita sayang dia sepenuh hati.."

Sayangilah hubungan uols macam mana sayangnye diri sendiri. Ur partner may not be perfect as u wanted but that imperfect is perfect. Perfect doesnt mean it can give u happiness.

Im writing this entry for myself sebagai peringatan untuk diri aku.

Macam lagu Anang- Separuh jiwaku pergi. Damn!! Haha

Khamis, 7 Januari 2010

Aku Dan Colombo Satu


MALE/COLOMBO
(Part i)
(Suasana di hadapan bilik hotel aku. Bangunan tu dahulunya Parlimen.. Nice view kan!)

Aku bersiap dan kene study habis habisan. Aku kene operate Kapal Airbus A320. Ni first time aku operate kapal nie. Hurm cuak sangat.. Tapi dalam masa yang sama aku excited jugak sal batchmate aku join aku ke Male/Colombo, Sri Lanka.

Aku dapat leading yang macam sial. Membebel je. What do you expect for first timer doing the job. "CEPAT!" "CEPAT" ! Arghh Tension aku. Aku telan je la apa yang dia bebel tu. Yang penting aku belajar .
Tibanya aku di Bandaranaike International Airport, Sri Lanka badan aku cukup penat. Aku berborak dengan batchmate aku kongsi pengalaman di zone masing masing. Aku menaiki bas dan yang bestnye kami dilayan cukup baik. Dibekalkan dengan cold towel dan mineral water. Cukup nyaman. Sepatutnya inilah cara layanan yang patut diberi kepada cabin crew yang penat berkhidmat di awan biru.
Aku melihat permandangan di sekitar kota Sri Lanka. Hurm. Nak kata daif tak la sangat just biasa biasa je. Tiba di lobby hotel, kami ada d-briefing sambil diberi pula minuman "oretik" .. hehe "Betik + Oren". Sedap gile! Kene try nihh..
(Aku, Ungku, Syed Ali, Syigim dan Mala makan roti je.. Cian.. hehe)

Tiba di bilik aku dan batchmate aku sume lepak di bilik best friend aku Ungku. Bergosip tak hengat dengan tak mandinya.. hahaha What a night!
(Mouthwatering kan.. Nyum Nyum Nyum)


Pagi tu kami bangun. Kami breakfast kat cafe depan hotel nie. Mamam roti rotian je.. Si Syed Ali nie dok pujuk2 dia pergi tempat "Gambling". Kat Malaysia ada je tempat gambling ni tapi susah nak get access. Kat tempat orang kat senang nak berjudi. Kami pun teman je lah. Kami sekadar tengok2 je. Ramai gak orang cina gamble. Bukan main banyak lagi chip diownk. Syed menang more than 60ringgit je. Kami halang dia sal it became more addictive.

(Syigim jadi mak ayam.. haha)


(Cumelnye Tut-tut)

Kami naik "Tut-Tut" ke Majestic City. Bayangkan 4 gajah naik Tut-Tut yang kecik tu. Cam nak tumbang je. haha Ada kami kesaaaahhh.. hehe Bestla naik tut-tut tu. Rasa berangin je .. hehe

Kami ni jadi macam the hulk plak.. kempunan nak carik mamam.. Kami pun pegi foodcourt kat bawah. Aku dan ungku makan masakan Colombo. Portion banyak gile. Thats why kami share.. MasyAllah! Pedas nak mampus.. Sabo je la..

(TebalBanyak kan.. Gulp)
Bersambung..








































































Ahad, 3 Januari 2010

Aku Dan Pening!


Pening kepala aku bila pikir perihal family aku nie. Masih buat propa cakap aku lah yang jahat itu ini. Stress aku. Nasib baiklah aku ada orang terdekat yang sudi terima aku dalam keluarga mereka. Walaupun aku harus bertebal muka tapi aku just let it be.. nak buat cane.. Same je konsepnye kalo aku ada family kat sini. Bukanye diowk layan aku sangat. Aku tak setanding kakak aku yang bijaksana, ada master etc.



Ada aku kisah. Sekrang ni aku nak fokus pada diri aku. Sooner or later aku wajib minta maaf kat diowk. Do i have a choice? I dunt think so! arghh

Malam ni aku ke Male/Colombo. Thank god set crew aku ada Ungku Khairulnorizah, Syigim and Syed Ali. Diowk sume batchmate aku. So kurang la skit takot aku tu.. Hopefully semua berjalan dengan lancar.. Doakan doakan doakan..

Kepadamu, wait for me ek. :)

Aku Dan Kaohsiung


Kaohsiung, Taiwan.

Aku tiba di Kota Kaohsiung. Agak Sunyi lah kat kat airport nie. Sunyi sepi. Mana taknya. Flight dari BKI-KHH penumpang hanya 37 orang je. Cukup best! Banyak masa untuk santai santai. Haha.

Aku tak ade plan sangat sal badan aku kurang sihat.Demam selsema to the max. Masa landing tadi MasyaAllah.. Otot kepala, mata dan hidung pressurize sampai tak buleh nak bangun.. Sakit sangat. Maintain je la muka fake kat cabin.

Nasib baiklah kat belakang aku ditemani ngan 2 orang geng. Kira batchmate lah. So main main je kat blakang. Aku kira first time aku jejak kaki ke kaohsiung. Rugilah kalau tak kuar jejalan.
Aku mandi dan bersiap turun. Bila aku dah naik dalam teksi baru aku teringat... Aku tertinggal KAMERA kat bilik! WTF! Wat eva lah..

Aku ke Liuhe Night Market pasar malam yang menjadi tarikan utama kat Kaohsiung ni. Sedikit berbeza dengan nightmarket kat Taipei tuh. Sedikit kecik. Main attraction kat nightmarket sebegini mereka banyak jual makanan. Bagi kaum cina its a food paradise. Aku cukup tertarik dengan jualan seafood , kraftangan, baju baju, pisau, cameras dan jangan terkejut ya ada juga pasaran terbuka untuk jual monyet. hehe


Aku lalu lah kat laluan jalan kat nightmarket kemudian aku ada terbau bau busuk gila! Worst than longkang. Guess what. Tu adalah sup favourite kaum cina yang jadi hidangan istimewa. Aku pun dah lupe nama aku. Perut aku dah la lapar. Memang susah nak carik makan. Aduh.. Main gamble je lahhh!

Hurm.. Badan aku sengal sengal lah.. Letih. Aku pulang dulu lah..