Selasa, 16 Februari 2010

Aku Dan Merajuk

Adakah aku ini kuat merajuk? Jom rungkai topik merajuk! hehe (sentap).

Kenapa merajuk?


Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.


Siapa yang kena penyakit merajuk?


Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak or even bapa pun leh merajuk dengan anak. (Ouch! hehe)


Punca merajuk


Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai 'tuan', dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.



Aku menonton drama di TV3, Sindarela .. Quote dari watak utama.. "Aku bukan
merajuk tapi PROTES!".. Pulok... haha


So.. Dah merajuk tu pepandailah pujuk ye.. I Loike! hehe

1 ulasan: