Ahad, 24 Januari 2010

Aku Dan Mana Letaknye Kejujuran



"Pokok tidak akan goyang kalau angin tak bertiup".



Yup! Itulah ungkapan logik yang aku pegang. Everything have its starts. No matter what it is, there will be a starter. But most of the ending we who decide wether it is need to end up with good or negativity.

Apa yang dikatakan oleh Muna crew aku dari Bangkok baru baru ini.. "Setiap hubungan berlanjutan sekiranya kejujuran dan keikhlasan menjadi dinding dalam hubungan. Kalau dah ada sedikit perkara yang tak baik atau tak jujur pasti akan timbul masalah dalam hubungan. Yang penting kita cintainya kita sayang dia sepenuh hati.."

Sayangilah hubungan uols macam mana sayangnye diri sendiri. Ur partner may not be perfect as u wanted but that imperfect is perfect. Perfect doesnt mean it can give u happiness.

Im writing this entry for myself sebagai peringatan untuk diri aku.

Macam lagu Anang- Separuh jiwaku pergi. Damn!! Haha

Khamis, 7 Januari 2010

Aku Dan Colombo Satu


MALE/COLOMBO
(Part i)
(Suasana di hadapan bilik hotel aku. Bangunan tu dahulunya Parlimen.. Nice view kan!)

Aku bersiap dan kene study habis habisan. Aku kene operate Kapal Airbus A320. Ni first time aku operate kapal nie. Hurm cuak sangat.. Tapi dalam masa yang sama aku excited jugak sal batchmate aku join aku ke Male/Colombo, Sri Lanka.

Aku dapat leading yang macam sial. Membebel je. What do you expect for first timer doing the job. "CEPAT!" "CEPAT" ! Arghh Tension aku. Aku telan je la apa yang dia bebel tu. Yang penting aku belajar .
Tibanya aku di Bandaranaike International Airport, Sri Lanka badan aku cukup penat. Aku berborak dengan batchmate aku kongsi pengalaman di zone masing masing. Aku menaiki bas dan yang bestnye kami dilayan cukup baik. Dibekalkan dengan cold towel dan mineral water. Cukup nyaman. Sepatutnya inilah cara layanan yang patut diberi kepada cabin crew yang penat berkhidmat di awan biru.
Aku melihat permandangan di sekitar kota Sri Lanka. Hurm. Nak kata daif tak la sangat just biasa biasa je. Tiba di lobby hotel, kami ada d-briefing sambil diberi pula minuman "oretik" .. hehe "Betik + Oren". Sedap gile! Kene try nihh..
(Aku, Ungku, Syed Ali, Syigim dan Mala makan roti je.. Cian.. hehe)

Tiba di bilik aku dan batchmate aku sume lepak di bilik best friend aku Ungku. Bergosip tak hengat dengan tak mandinya.. hahaha What a night!
(Mouthwatering kan.. Nyum Nyum Nyum)


Pagi tu kami bangun. Kami breakfast kat cafe depan hotel nie. Mamam roti rotian je.. Si Syed Ali nie dok pujuk2 dia pergi tempat "Gambling". Kat Malaysia ada je tempat gambling ni tapi susah nak get access. Kat tempat orang kat senang nak berjudi. Kami pun teman je lah. Kami sekadar tengok2 je. Ramai gak orang cina gamble. Bukan main banyak lagi chip diownk. Syed menang more than 60ringgit je. Kami halang dia sal it became more addictive.

(Syigim jadi mak ayam.. haha)


(Cumelnye Tut-tut)

Kami naik "Tut-Tut" ke Majestic City. Bayangkan 4 gajah naik Tut-Tut yang kecik tu. Cam nak tumbang je. haha Ada kami kesaaaahhh.. hehe Bestla naik tut-tut tu. Rasa berangin je .. hehe

Kami ni jadi macam the hulk plak.. kempunan nak carik mamam.. Kami pun pegi foodcourt kat bawah. Aku dan ungku makan masakan Colombo. Portion banyak gile. Thats why kami share.. MasyAllah! Pedas nak mampus.. Sabo je la..

(TebalBanyak kan.. Gulp)
Bersambung..








































































Ahad, 3 Januari 2010

Aku Dan Pening!


Pening kepala aku bila pikir perihal family aku nie. Masih buat propa cakap aku lah yang jahat itu ini. Stress aku. Nasib baiklah aku ada orang terdekat yang sudi terima aku dalam keluarga mereka. Walaupun aku harus bertebal muka tapi aku just let it be.. nak buat cane.. Same je konsepnye kalo aku ada family kat sini. Bukanye diowk layan aku sangat. Aku tak setanding kakak aku yang bijaksana, ada master etc.



Ada aku kisah. Sekrang ni aku nak fokus pada diri aku. Sooner or later aku wajib minta maaf kat diowk. Do i have a choice? I dunt think so! arghh

Malam ni aku ke Male/Colombo. Thank god set crew aku ada Ungku Khairulnorizah, Syigim and Syed Ali. Diowk sume batchmate aku. So kurang la skit takot aku tu.. Hopefully semua berjalan dengan lancar.. Doakan doakan doakan..

Kepadamu, wait for me ek. :)

Aku Dan Kaohsiung


Kaohsiung, Taiwan.

Aku tiba di Kota Kaohsiung. Agak Sunyi lah kat kat airport nie. Sunyi sepi. Mana taknya. Flight dari BKI-KHH penumpang hanya 37 orang je. Cukup best! Banyak masa untuk santai santai. Haha.

Aku tak ade plan sangat sal badan aku kurang sihat.Demam selsema to the max. Masa landing tadi MasyaAllah.. Otot kepala, mata dan hidung pressurize sampai tak buleh nak bangun.. Sakit sangat. Maintain je la muka fake kat cabin.

Nasib baiklah kat belakang aku ditemani ngan 2 orang geng. Kira batchmate lah. So main main je kat blakang. Aku kira first time aku jejak kaki ke kaohsiung. Rugilah kalau tak kuar jejalan.
Aku mandi dan bersiap turun. Bila aku dah naik dalam teksi baru aku teringat... Aku tertinggal KAMERA kat bilik! WTF! Wat eva lah..

Aku ke Liuhe Night Market pasar malam yang menjadi tarikan utama kat Kaohsiung ni. Sedikit berbeza dengan nightmarket kat Taipei tuh. Sedikit kecik. Main attraction kat nightmarket sebegini mereka banyak jual makanan. Bagi kaum cina its a food paradise. Aku cukup tertarik dengan jualan seafood , kraftangan, baju baju, pisau, cameras dan jangan terkejut ya ada juga pasaran terbuka untuk jual monyet. hehe


Aku lalu lah kat laluan jalan kat nightmarket kemudian aku ada terbau bau busuk gila! Worst than longkang. Guess what. Tu adalah sup favourite kaum cina yang jadi hidangan istimewa. Aku pun dah lupe nama aku. Perut aku dah la lapar. Memang susah nak carik makan. Aduh.. Main gamble je lahhh!

Hurm.. Badan aku sengal sengal lah.. Letih. Aku pulang dulu lah..