Jumaat, 9 April 2010

Aku Dan 5 Sector

(Bersama set crew aku ke Kuantan baru baru ni)

5 sector...


Antara sector yang digeruni oleh crew crew. Dah la penat.. Daripada rambut stewardess tinggi setinggi bukit the last sector dah tumbang rambutnya macam kucing baru lepas gaduh. haha


Flight kali ni aku mutual dengan senior crew aku yang merayu untuk berikan flight Dubai aku padanya. Aku tidak kisah, janji dia topup skit *pitih untuk cover allowance aku bulan nie. Aku terpaksa terima 5 sector dari flight dia. Its been a while aku tak buat 5 sector yang hampeh nie. Aku pun layan je la. Whats happen happen lah.


Thank god aku dapat set crew yang aku kenal. Omei namanya. Ceh! Macam tajuk drama Na O Mei plak. haha Aku interview sekali dengan dia dulu.


Peperangan dah nak start, kata aku pada set crew aku. Departure aku sepatutnya kol 9am tiba tiba kapal rosak. Ada kebocoran pada sistem hydrolic enjin. Hello.... Delay sampai kol 12 noon ye. Passenger aku dah bengang sampai set crew aku jadi mangsa. Satu passenger ni tuding jari pada leading aku.


"Why this aircraft tak gerak gerak lagi ha! Lagi brape lama lagi aku nak tunggu!", jerit passenger ni depan semua orang.


Inilah kata kata passenger yang BODOH dan tidak fikir panjang. As a passenger, u guys should know kenapa kapal delay and kenapa kapal rosak. Kapal ni macam semua jenis kenderaan. Malah kapal terbang antara transport yang paling sensitif serta paling banyak kerosakan. Jadi usahlah nak maki maki crew ye. 1st of all, bukan salah crew ye coz kami tak bawak kapal tuh!!!!!

Ke 2, u guys tak pentingkan safety uols ke. Nak mampus awal? tak sayang nyawa ke?! Nak ambik risiko. Not me. Aku hargai nyawa aku.


No matter how much we explain, passenger tetap tak paham. Yang diowk tahu dapat makan atas kapal dan sampai ke destinasi. Diowk tak tahu safety bagai. Kekadang tuh, bila crew wat safety demo diowk bukanye pay attention or cew/pilot wat announcement. Pls be alert. If anything happen we the one yang akan lead u guys to safety.


Kami kene tukar kapal. Dalam context flying hours sebenarnye kami dah exceed flying hours so kami call office untuk gitau yang kami tak leh wat flight for several sector. Office dah cancel 2 sector kami. Sebarang telex akan diberi tahu sehingga kami reach KK. Dah sampai KK, kami diberi tahu yang kami perlu tambah semula 2 sector. WHAT THE HELLL!!!! and the next flight akan berlepas dalam masa 4 jam! WHAT!!! Transit 4 jam!? Gila ke ape. Jangan lah nak kacau Harimau yang lapar nie!!!


Leading aku dah mengamuk dah. Dah la delay.. Dia dah la bangun awal set rambut (keh keh) tambah lagi sector. Esk pulak flight awal pagi. Kami wajib dapat minimum rest hours do hotel at least 12 jam!


We have no choice coz tak crew nak handle flight nie. Well.. Kami hanya akur je. Banyak lagi faktor yang kami leh pertahankan tapi kami just akur je. Just imagine kami bertugas selama 15 jam dan 45minit. Tak termasuk waktu kami bangun bersiap at least 4-5 hours sebelum keje.


Waktu transit. Badan dan mental kami cukup lemah. Wow! Aku agak terkejut dengan kuasa pressurized di atas awan. Impaknya betul betul kuat sehingga mental kami jadi lemah sampai kami tak boleh berfikir. Dengan badan yang letih aku tetap jadi orang tengah untuk cool kan set crew aku yang buntu.


Masing masing berpecah untuk mencari ketenangan. Aku pula ke surau untuk menunaikan solat. Ini antara satu keajaiban solat. Alhamdulillah, hati aku cukup tenang.. Fikiran aku tidak terlalu kusut berbanding set crew aku yang lain. Aku mampu lagi tersenyum..


Its not easy to be a cabin crew ye.. Kita sedang berlawan dengan daya graviti yang cukup kuat. Bukan sekadar perkerjaan glamor.

Selasa, 6 April 2010

Aku Dan Tandas Kapal

Apabila fikiran bercelaru memikirkan suatu yg dekat pada jiwa aku, hanya perlukan tempat untuk mengadu. Jika tiada perluang, aku hanya perlukan tempat yg sempit dan kerdil untuk aku pejamkan mata dan tarik nafas sedalamnya.

Yea, aku sudah jumpa tempat itu.. Padat.. Sempit.. Tertutup dan sunyi. Aku perangkap diri aku di...

Tandas kapal terbang.. Yea.. Maybe its funny for those whose might think this is not serious. Everyone has their way..

Well, aku ada pelajari sesuatu tentang diri aku yang aku tak pernah tahu yang aku miliki perasaan itu. Perasaan itulah membuat aku membuka mata aku semula.

'cabin crew! Pax boarding!', p.a dr leading.

Jom touchup..kembali brtugas.

Selasa, 30 Mac 2010

Aku Dan Lying

" The most unattractive personality is lying to something that the fact is there".

Quite..

Sabtu, 27 Mac 2010

Aku Dan Pendaratan Cemas

Baru baru ni Malaysia Airlines mengemparkan masyarakat dengan kapal Boeing 737 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. (Full Story) Kapal MH674 dari Singapura ke Penang antara routes yang paling rushing ala pegi Phuket. Aku penah buat pattern nie last month. Well, seharian ye. Flight dari pagi hingga ke lewat petang cukup memenatkan.
I cant imagine di saat situasi yang cemas tu. Pasti semua yang terlibat panik tapi pada aku, semuanya atas ketentuan Illahi. When we on flight nyawa kita sedang bertarung ye. Anything can happen masa di atas.
Alhamdulillah, syukur semua penumpang dan crew penerbangan itu selamat. Pastinya lepas kejadian ni aku harap crew crew akan lebih bersedia untuk harungi cabaran di atas.
"Crew more than just a friendly smile.. She/He could make life or death difference. Cabin crew are safety professional."

Aku Dan Irwansyah

"Hello? Boleh saya bercakap dengan Encik Tobby."
"Yup.. Speaking."

"Saya buat panggilan dari CF, Tahniah anda terpilih untuk mendapat Voucher VIP Pass dari CF. Encik Tobby boleh buat collection dan mungkin kita boleh bincang promosi yang sangat istimewa untuk Encik Tobby."

(Aduh.. Aku dah penat melayan panggilan telefon macam ni.. Hampir setiap hari...)

"Hurm.. Maaf, saya agak busy skit.. Can u call me maybe 2 hours time?"

"No problem.. By the way saya Irwansyah."

(Gulp! Secara tetiba aku tergelak besar).
"Irwansyah? "

(hehehe.. ttbe mamat nie pun gelak..haha)

Rabu, 24 Mac 2010

Aku Dan Trip KK Hong Kong

KOTA KINABALU - HONGKONG


(Di Pulau Manukkan)

Berdebar aku bila aku kene bertugas ke Kota Kinabalu - Hong Kong selama 5 hari. Apa yang aku risaukan adalah memikirkan sapelah leading aku.. Sapelah setcrew aku.. Masa aku nunggu transport aku alih alih si Alfie nie kuar dari lif. Dia ni sahabat lama aku sejak aku belajar di Uitm lagi. Kami pernah mencuba nasib masa Interview SQ. Both of us tak dapat but the second interview aku terpilih. Tapi aku tolak. Adalah sejarah disebalik penolakan aku.


Aku mood risau menjadi happy bila dapat tahu Alfie satu trip ngan aku. Alhamdulillah! Dah ada geng. Pasti best! Kami dalam transport nak ambik lagi sorang crew. Stewardess nie namanya Sara. Gelabah semacam minah nie dok carik handphone dia. Aku tengok beg dia pun berat semacamje. Yeyey!!!!!! Dia sekali ngan weol!

Syukur aku dapat set crew yang baik baik. Keesokannya kami plan nak ke Manukan Island. Aku ni memang suka pantai pantai. Tak kiralah panas ke tak aku suka suasananya. Aku berjemur ye berangan tanning. hahaha



(Kiteorang tetap buat safety demo kat passenger boat itu! haha)


Di bumi Borneo cuacanya cukup panas.. Kami nak belik sunscreem alih alih terbeli after sunscreen. Aduhai.. nak tak nak kenelah pakai. hahahaha My advice.. pls pls pls.. janganlah pakai aftersun kalo rase feeling2 nak berjemur ye.. hahaha Kulit rasa macam terbakar ye.


Masa aku renang renang kat pantai tu aku perasan banyak sangat obor obor. Terlompat aku.. Then mat salleh nie approched weol. Cakap obor obor tu tak beracun. Siap dia tangkap sekor lagi. eeee macam agar agar!!!! euww


Si Sara ni baru je seminggu flying so aku n alfie banyak nyakat dia. Dia pun layan je karenah kami. Bila dapat setcrew dah best aku wat keje pun dengan hati yang girang. Untung passenger aku dapat layanan extra istimewa dari aku.

Adalah satu group makcik2 dari Hong Kong dok main kad. Kad tu kecik and nipis. Tertarik plak aku. Bukan main serius lagi diowk nih. Bising satu cabin. Siap tulis markah lagi kat kertas. Ape kebendelah diowk main nie. Aku tanyalah diowk. OOOOoooo Its Mahjung! Aku pun tgk la kad minah ni dari belakang. Wah marah ye dia kat aku. Takot aku jual kad dia kat kawan hadapan dia. wahhh! hehehe Aku gelak je la. Terasa busan aku pun offer diri nak jadi tukang tulis. wahhhh bukan main hepi ye diowk. Mase nak landing diowk bagi RM50. wahh gaji upah katanya! Caras jeee! hehe

End the of the trip aku rasa aku dapat set crew yang paling best.. Shall update more stories..

Isnin, 1 Mac 2010

Aku Dan Tembikar Juice


Lokasi : Sekitar Bangsar .

Aku : Bos! Watermelon juice satu.

Waiter: Ok.. Baik! Hurm..

It takes sometime waiter tu nak tulis order aku.. haha Al-maklumlah bangla yang ambik order. Orang baru jejak Malaysia.

Waiter: Watermelon itu apa ya? Macam mana mahu tulis?

Aku: Aduh.. Bertuah tol mamat nie.

Sahabat : You tahu tembikai?

Waiter : "Tembikar!" Oooowhhhh.. (Sambil blur blur)

Kami : Hey! Aiyooooo! Mana ada air tembikar! haha

So funny! Alih alih kami panggil dia tembikar kat dia all the way. At least he learnt new word that night.

TEMBIKARRRRRRRRR = TEMBIKAI