Jumaat, 9 April 2010

Aku Dan 5 Sector

(Bersama set crew aku ke Kuantan baru baru ni)

5 sector...


Antara sector yang digeruni oleh crew crew. Dah la penat.. Daripada rambut stewardess tinggi setinggi bukit the last sector dah tumbang rambutnya macam kucing baru lepas gaduh. haha


Flight kali ni aku mutual dengan senior crew aku yang merayu untuk berikan flight Dubai aku padanya. Aku tidak kisah, janji dia topup skit *pitih untuk cover allowance aku bulan nie. Aku terpaksa terima 5 sector dari flight dia. Its been a while aku tak buat 5 sector yang hampeh nie. Aku pun layan je la. Whats happen happen lah.


Thank god aku dapat set crew yang aku kenal. Omei namanya. Ceh! Macam tajuk drama Na O Mei plak. haha Aku interview sekali dengan dia dulu.


Peperangan dah nak start, kata aku pada set crew aku. Departure aku sepatutnya kol 9am tiba tiba kapal rosak. Ada kebocoran pada sistem hydrolic enjin. Hello.... Delay sampai kol 12 noon ye. Passenger aku dah bengang sampai set crew aku jadi mangsa. Satu passenger ni tuding jari pada leading aku.


"Why this aircraft tak gerak gerak lagi ha! Lagi brape lama lagi aku nak tunggu!", jerit passenger ni depan semua orang.


Inilah kata kata passenger yang BODOH dan tidak fikir panjang. As a passenger, u guys should know kenapa kapal delay and kenapa kapal rosak. Kapal ni macam semua jenis kenderaan. Malah kapal terbang antara transport yang paling sensitif serta paling banyak kerosakan. Jadi usahlah nak maki maki crew ye. 1st of all, bukan salah crew ye coz kami tak bawak kapal tuh!!!!!

Ke 2, u guys tak pentingkan safety uols ke. Nak mampus awal? tak sayang nyawa ke?! Nak ambik risiko. Not me. Aku hargai nyawa aku.


No matter how much we explain, passenger tetap tak paham. Yang diowk tahu dapat makan atas kapal dan sampai ke destinasi. Diowk tak tahu safety bagai. Kekadang tuh, bila crew wat safety demo diowk bukanye pay attention or cew/pilot wat announcement. Pls be alert. If anything happen we the one yang akan lead u guys to safety.


Kami kene tukar kapal. Dalam context flying hours sebenarnye kami dah exceed flying hours so kami call office untuk gitau yang kami tak leh wat flight for several sector. Office dah cancel 2 sector kami. Sebarang telex akan diberi tahu sehingga kami reach KK. Dah sampai KK, kami diberi tahu yang kami perlu tambah semula 2 sector. WHAT THE HELLL!!!! and the next flight akan berlepas dalam masa 4 jam! WHAT!!! Transit 4 jam!? Gila ke ape. Jangan lah nak kacau Harimau yang lapar nie!!!


Leading aku dah mengamuk dah. Dah la delay.. Dia dah la bangun awal set rambut (keh keh) tambah lagi sector. Esk pulak flight awal pagi. Kami wajib dapat minimum rest hours do hotel at least 12 jam!


We have no choice coz tak crew nak handle flight nie. Well.. Kami hanya akur je. Banyak lagi faktor yang kami leh pertahankan tapi kami just akur je. Just imagine kami bertugas selama 15 jam dan 45minit. Tak termasuk waktu kami bangun bersiap at least 4-5 hours sebelum keje.


Waktu transit. Badan dan mental kami cukup lemah. Wow! Aku agak terkejut dengan kuasa pressurized di atas awan. Impaknya betul betul kuat sehingga mental kami jadi lemah sampai kami tak boleh berfikir. Dengan badan yang letih aku tetap jadi orang tengah untuk cool kan set crew aku yang buntu.


Masing masing berpecah untuk mencari ketenangan. Aku pula ke surau untuk menunaikan solat. Ini antara satu keajaiban solat. Alhamdulillah, hati aku cukup tenang.. Fikiran aku tidak terlalu kusut berbanding set crew aku yang lain. Aku mampu lagi tersenyum..


Its not easy to be a cabin crew ye.. Kita sedang berlawan dengan daya graviti yang cukup kuat. Bukan sekadar perkerjaan glamor.

2 ulasan:

  1. pengalaman ini mendewasakan. i do agree, solat membuatkan kita tentang.

    BalasPadam
  2. tumpang tnye , mcm mn utk apply kje di MAS ????

    BalasPadam