Khamis, 31 Disember 2009

Aku Dan Rumah



Hati aku macam tak senang fasal dok fikir pasal rumah baru. Masih lagi kosong. Masih lagi menunggu perabot datang. Rumah baru aku cukup luas berbanding rumah lama aku. Rumah lama aku dulu fully furnished. Tapi perabot lama lah dari tuan rumah. Walupun lengkap dengan washine machine, dapur dan peti ais tapi aku masih lagi tidak puas. Aku mahu membeli sendiri dari hasil titik peluh aku sendiri.


Akhir akhir ni aku banyak swap cuti aku dengan sahabat aku yang memerlukan cuti aku. Tidak kisah untuk aku kerja di hari patutnya aku cuti. Bagi aku as long as aku leh buat aku buat. Duit pun masuk jugak kan. Tapi sekali ni, aku swap cuti aku dengan 4 hari bekerja berturut turut. Kurang dari 12 rehat aku kerja balik. Taubat aku kene betul2 plan kalo nak swap swap nie. Masyuk lah gaji aku bulan depan.. ngeh ngeh.


Aku ke rumah kawan kawan semuanya cantik cantik. Cukup jeles. Tak pe takpe.. Simpan je dendam aku untuk decorate rumah aku! hahaha Tapi perit skit la bulan December ni gaji dah la masuk awal. Banyak duit kene pakai. Bayar duit rumah. Kene budget betul betul nie.


Tahun lepas hari ini aku di KLCC. Tanpa disedari aku terperangkap di tiang besi tu hingga malam. Aku pun pelik, kenapalah ramai orang berkumpul kat cni. Alih alih malam new year! DAMN!!! Nak tak nak kene tunggu lah sal kalo nak balik time time ni jam. It was a fun nite!


Back to fasal rumah aku. Masih lagi pening dengan pemilihan color.. haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan