Rabu, 24 Mac 2010

Aku Dan Trip KK Hong Kong

KOTA KINABALU - HONGKONG


(Di Pulau Manukkan)

Berdebar aku bila aku kene bertugas ke Kota Kinabalu - Hong Kong selama 5 hari. Apa yang aku risaukan adalah memikirkan sapelah leading aku.. Sapelah setcrew aku.. Masa aku nunggu transport aku alih alih si Alfie nie kuar dari lif. Dia ni sahabat lama aku sejak aku belajar di Uitm lagi. Kami pernah mencuba nasib masa Interview SQ. Both of us tak dapat but the second interview aku terpilih. Tapi aku tolak. Adalah sejarah disebalik penolakan aku.


Aku mood risau menjadi happy bila dapat tahu Alfie satu trip ngan aku. Alhamdulillah! Dah ada geng. Pasti best! Kami dalam transport nak ambik lagi sorang crew. Stewardess nie namanya Sara. Gelabah semacam minah nie dok carik handphone dia. Aku tengok beg dia pun berat semacamje. Yeyey!!!!!! Dia sekali ngan weol!

Syukur aku dapat set crew yang baik baik. Keesokannya kami plan nak ke Manukan Island. Aku ni memang suka pantai pantai. Tak kiralah panas ke tak aku suka suasananya. Aku berjemur ye berangan tanning. hahaha



(Kiteorang tetap buat safety demo kat passenger boat itu! haha)


Di bumi Borneo cuacanya cukup panas.. Kami nak belik sunscreem alih alih terbeli after sunscreen. Aduhai.. nak tak nak kenelah pakai. hahahaha My advice.. pls pls pls.. janganlah pakai aftersun kalo rase feeling2 nak berjemur ye.. hahaha Kulit rasa macam terbakar ye.


Masa aku renang renang kat pantai tu aku perasan banyak sangat obor obor. Terlompat aku.. Then mat salleh nie approched weol. Cakap obor obor tu tak beracun. Siap dia tangkap sekor lagi. eeee macam agar agar!!!! euww


Si Sara ni baru je seminggu flying so aku n alfie banyak nyakat dia. Dia pun layan je karenah kami. Bila dapat setcrew dah best aku wat keje pun dengan hati yang girang. Untung passenger aku dapat layanan extra istimewa dari aku.

Adalah satu group makcik2 dari Hong Kong dok main kad. Kad tu kecik and nipis. Tertarik plak aku. Bukan main serius lagi diowk nih. Bising satu cabin. Siap tulis markah lagi kat kertas. Ape kebendelah diowk main nie. Aku tanyalah diowk. OOOOoooo Its Mahjung! Aku pun tgk la kad minah ni dari belakang. Wah marah ye dia kat aku. Takot aku jual kad dia kat kawan hadapan dia. wahhh! hehehe Aku gelak je la. Terasa busan aku pun offer diri nak jadi tukang tulis. wahhhh bukan main hepi ye diowk. Mase nak landing diowk bagi RM50. wahh gaji upah katanya! Caras jeee! hehe

End the of the trip aku rasa aku dapat set crew yang paling best.. Shall update more stories..

Isnin, 1 Mac 2010

Aku Dan Tembikar Juice


Lokasi : Sekitar Bangsar .

Aku : Bos! Watermelon juice satu.

Waiter: Ok.. Baik! Hurm..

It takes sometime waiter tu nak tulis order aku.. haha Al-maklumlah bangla yang ambik order. Orang baru jejak Malaysia.

Waiter: Watermelon itu apa ya? Macam mana mahu tulis?

Aku: Aduh.. Bertuah tol mamat nie.

Sahabat : You tahu tembikai?

Waiter : "Tembikar!" Oooowhhhh.. (Sambil blur blur)

Kami : Hey! Aiyooooo! Mana ada air tembikar! haha

So funny! Alih alih kami panggil dia tembikar kat dia all the way. At least he learnt new word that night.

TEMBIKARRRRRRRRR = TEMBIKAI


Jumaat, 26 Februari 2010

Happy Birthday Ayahda & Bonda

Happy Birthday to my parents yang disambut pada 22 February yang lalu. Both of them share
the same date.. Sweet kan..

Aku doakan moga Allah swt panjangkan umur mereka dan dimurahkan rezeki..

Aku Dan Penyendal pintu


Bila dah takde penyendal pintu... Heels pun bulehhhhhh.. hahaha

Rabu, 17 Februari 2010

Aku Dan Gambar Kecil


Aku belek belek akaun Friendster aku yang sudah usang.. Aiyoo.. Lama betul tak bukak. Aku terjumpa pic aku masa kecik. Penuh nasik kat badan aku. Cumel jugak ek. haha

Me and my Sis. Wahhh! Very der Patriotik! haha Aku hanya rase terkenang dengan gambar gambar ini.

Aku Dan Berita Gembira

Tarena dengan pose pengantin barunya! hehe

(Me and Tarena)


"I doa kebahagiaan u yang, always be as u done so much to me and my husband".


Kata kata sahabat baikku Tarena yang aku temu baru baru ni. Pengantin baru ni asyik komplain berat badan dia naik lah.. Muka banyak jerawat lah.. Aku tak nampak pun semua tu. Aku hanya nampak seri wajah pengantin baru je. Inai pun tak hilang hilang lagi.



(Akif)


Housemate aku merangkap bestfriend aku sejak tadika aku pun dah nak melansungkan hari pertunangan dia bulan 4 lagi membuka mata aku untuk merenung lebih jauh lagi. Ish ish ish.. Dah 25 tahun dah aku kan. Most of my friends semua dah beranak pinak. Aku bila lagi?



Adakah aku bersedia? Mungkin.. Adakah masa itu sudah tiba? Entahlah.. Aku ke Puchong baru baru nie, parents aku bercuti dari Penang. Tetiba mulakan topik serius. Well.. Akan aku umumkan berita gembira as soon as possible. hehe

Selasa, 16 Februari 2010

Aku Dan Migrain

Sejak 2 menjak ni aku slalu kena sakit kepala. Kalau teruk sangat tu terkenalah aku dengan Migrain. Cit! Muda muda dah kene migrain. Penyakit ni turun dari Mama aku yang bertarung dengan Migrain sejak muda lagi macam aku. Aku surfing apa itu migrain sebenarnye yang buat aku tidak boleh gerakkan kepala menahan kesakitan yang teramat sampai aku perlu berkurung dalam bilik yang gelap dan sunyi.
According to Malay Herbal Medicine, Migrain adalah gegaran dan selalunya terjadi sakit kepala hanya pada sebelah kepala sahaja. Ia boleh terjadi kepada semua orang tidak kira umur. Saluran darah di dalam otak akan membesar dan bersama dengan ransangan saraf berhampiran dengan saluran darah. Apabila ia terjadi bermakna perubahan pada saluran darah itu kemungkinan disebabkan kesakitan tersebut.
Yup! Benar.. Most of my friends making fun of me, katanya migrain ni penyakit pompuan masa kene haid. F**k u! Do u think its funny?! Tak kene mengena lansung ye dengan jantina!
Baru baru ini aku terkena migrain. Boleh dikatakan agak teruk jugak lah dibandingkan dengan serangan sebelum ini. Mungkin faktor aku berkerja non-stop dengan minimum rest sahaja yang dicatat dalam roster keje aku. Bila dah terkena serangan migrain aku hanya mahu cabut saja urat urat kepala. Sakitnya macam kepala disiat siat.. Leher pula macam kene tarik tarik ototnya. Entahlah.. Undescribeable..
Baru baru ni aku discovered ade bonjolan pada belakang leher kiri aku. Sakit bila ditekan. Risau jugak.. Aku pun pegilah jumpa doktor. Dia kata perjalanan darah ke kepala aku terganggu then jadilah bonjolan. Nothing to be afraid, just urut urut and makan ubat tahan sakit. Until now rasa lagi kekejangan pada leher aku dan penglihatan aku makin kabur. Aku akui yang aku ni rabun tapi perasan tak nak pakai spect or contact lense. Rimas lah.. Hurm lepas kene lecture dengan abg angkat aku nampak gayanya aku kenelah buat spect. aduh.. hehe

Aku rasa mungkin aku kene migrain nie pasal aku stress pikirkan perihal sesuatu.. Faktor kerja.. Tak cukup tidur.. Smoking (ahaks!) and Cafein! Damn!!! Aku kene stop slowly smoking and coffee in a moment.. Waaaa